Friday, November 16, 2012

Pengenalan diri hamba


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....


Alhamdulilah,
Alhamdulilah,
Alhamdulilah....


Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan kepada kita semua menhembuskan nafas agar bertaqwa kepadaNya...

OK, dengan ini saya mulakan dengan pengenalan tentang diri hamba.


Siapa hamba?


Nama penuh adalah Maria Sarah Binti Abdullah Ugah.. Yup! hmmm mmm betul! Hamba merupakan seorang Muallaf.. memeluk agama Islam pada 25 Mei 2012...


Nama sebelumnya adalah Sante Jessy Marryia..berbangsa Iban (bahasa Iban tak pandai pass) <----ini disebabkan hamba mempunyai ramai kawan-kawan yang berbangsa Melayu dari kecik sampailah besar...haha

hamba merupakan:
  • anak yang pertama dalam keluarga saya *huahuahua*
  • satu-satunya anak perempuan dalam keluarga saya *nada manja ni*
  • Guru Tuisyen kepada ACCB Tuition
  • pandai 'bercali' *Funny*
  • berumur 20 tahun *balum tua tu*
  • pandai driving sudah..eisehmen! *kadang-kadang makan jalan org* hahaha
  • pandai memasak *kdg2 menghanguskan masakan tah pulang*
kalau kamu terperasan, dalam blog ni nanti, hamba tak akan mengunakan bahasa English...kalau tak paham juga, hamba syorkan------------> Gunalah Google Translate, baik dan sihat untuk kesihatan awda...haa! yang tu terpulanglah kepada pengunaan masing2.....jangan saja melalut ke bahasa lain, bahasa korea la apalah...dah tu blog hamba ni bila kamu nak habis baca....tsk!tsk!tsk! ok! kenapa hamba lebih suka kepada pengunaan Bahasa Melayu?? bah, adang tah dengan bahasa english kamu yang berlacis-lacis atu, belum tentu betulnya grammar kamu tu..jangan nak memaksa sendiri, kalau ianya dianggap sebagai "cool"...bukan nak menghina, kalau kitani mempratikkan bahasa barat saja, habis tu siapa yang nak mempratikkan bahasa melayu, org putih? haaa...jangan tak tahu pula...mun faham bisai~~~

ok! pengunaan bahasa english hamba ni sebenarnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam makan malam, kais pagi-pagi buta pula kena marah...cukup-cukup makan saja...haaa, bahasanya pula yang digunakan oleh hamba ni nanti bahasa Melayu Brunei, in sha Allah bahasa Malaysia pula hamba akan sedaya upaya mempratikkannya....tak sama tu....yang bahasa english nanti tu, hamba pun belajar la....tengoklah kalau tak ada spelling mistakes (nanti suruh si Amalina checkkan).....


Macam ni jua lah....



oklah, sampai sini saja tentang pengenalan hamba....nanti hamba ceritakan macamana hamba boleh terpegun dan tertarik untuk memeluknya? dari mana datangnya minat tersebut? siapa yang mengenalkan dan menguar-uarkan? macam mana perasaan hamba tentang pemelukan ini?

nantikan episodnya akan datang............................<3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......

No comments:

Post a Comment