Sunday, November 18, 2012

kamu tau ka inda ni?(Tahu kah anda?)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
salam sejahtera,


Tidur






apa yang dimaksudkan dengan tidur?

hamba tahu lah, ada yang kamu jawab lebih kurang macam ni,

1) tutup mata lapas atu baring kat tilam, kerusi, meja, lantai dan yang sekutu dengannya.
2) merehatkan diri daripada bekerja atau membuat sebarang kerja pada waktu malam
3) merehatkan minda sekejappp saja, lapas atu sambung tia balik buat homework, projek sekolah, hafalan untuk test/exam esok(last minute!)

dan yang seangkatan dengannya.....memang betul apa yang kamu jawap tu..tak salah, cuma ambil apa yang terbaik haha 


paling suka tidur, kalau ikut pendapat hamba la, memanglah kanak-kanak dan para remaja..haaa! paling liat bangun tidur, yatah sesetengah bisdurang ani......tolonglah~~ tidur sekejap untuk 5 minit, memang bahaya! it does matter! 





why??
i'll just take 5 more minutes....hmmm mmm~~ every 5 minutes for the next 8 hours!

takut-takut macam ni lah jadinya....


                                                                                          

                                                                    bagi orang perempuan




                                                                    bagi orang lelaki






                                                                  untuk para students




ok, sebenarnya nak bagitau tentang fakta je...ni dah TERjauh dari simpang dah...agak-agak sampai dah di Sungai Teraban(Kuala Belait, Brunei)..
ok..

Tahukah kamu bahawa kita yang sebenarnya 'tidak tidur' jika kita 'tidak tidur' di tempat yang gelap pada malam hari?

Jika kita tidur tanpa menutup lampu atau muka kita masih lagi terkena cahaya lampu ketika tidur pada malam hari, itulah tandanya bahawa kita masih belum tidur SEKALIPUN sudah terlelap.

Fakta disini adalah apabila wajah kita terkena cahaya lampu semasa kita tidur, otak melalui deria bulu roma masih dapat mengesan cahaya dan terus bekerja tanpa berehat.

Kesannya?? Jeng! Jeng! Jeng!

nanti-nanti,  akan dirasakan pada pagi esoknya di mana kita masih merasa letih walaupun cukup tidur di sebabkan otak tidak dapat berehat sepenuhnya.
Jadi, pastikan kita menutup lampu atau sekurang-kurangnya elakkan muka kita dari terkena cahaya semasa tidur pada waktu malam.


ok? bah, sampai disini sajalah cerita hamba...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera....







sleep well~~

Friday, November 16, 2012

Pengenalan diri hamba


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....


Alhamdulilah,
Alhamdulilah,
Alhamdulilah....


Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberikan kesempatan kepada kita semua menhembuskan nafas agar bertaqwa kepadaNya...

OK, dengan ini saya mulakan dengan pengenalan tentang diri hamba.


Siapa hamba?


Nama penuh adalah Maria Sarah Binti Abdullah Ugah.. Yup! hmmm mmm betul! Hamba merupakan seorang Muallaf.. memeluk agama Islam pada 25 Mei 2012...


Nama sebelumnya adalah Sante Jessy Marryia..berbangsa Iban (bahasa Iban tak pandai pass) <----ini disebabkan hamba mempunyai ramai kawan-kawan yang berbangsa Melayu dari kecik sampailah besar...haha

hamba merupakan:
  • anak yang pertama dalam keluarga saya *huahuahua*
  • satu-satunya anak perempuan dalam keluarga saya *nada manja ni*
  • Guru Tuisyen kepada ACCB Tuition
  • pandai 'bercali' *Funny*
  • berumur 20 tahun *balum tua tu*
  • pandai driving sudah..eisehmen! *kadang-kadang makan jalan org* hahaha
  • pandai memasak *kdg2 menghanguskan masakan tah pulang*
kalau kamu terperasan, dalam blog ni nanti, hamba tak akan mengunakan bahasa English...kalau tak paham juga, hamba syorkan------------> Gunalah Google Translate, baik dan sihat untuk kesihatan awda...haa! yang tu terpulanglah kepada pengunaan masing2.....jangan saja melalut ke bahasa lain, bahasa korea la apalah...dah tu blog hamba ni bila kamu nak habis baca....tsk!tsk!tsk! ok! kenapa hamba lebih suka kepada pengunaan Bahasa Melayu?? bah, adang tah dengan bahasa english kamu yang berlacis-lacis atu, belum tentu betulnya grammar kamu tu..jangan nak memaksa sendiri, kalau ianya dianggap sebagai "cool"...bukan nak menghina, kalau kitani mempratikkan bahasa barat saja, habis tu siapa yang nak mempratikkan bahasa melayu, org putih? haaa...jangan tak tahu pula...mun faham bisai~~~

ok! pengunaan bahasa english hamba ni sebenarnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam makan malam, kais pagi-pagi buta pula kena marah...cukup-cukup makan saja...haaa, bahasanya pula yang digunakan oleh hamba ni nanti bahasa Melayu Brunei, in sha Allah bahasa Malaysia pula hamba akan sedaya upaya mempratikkannya....tak sama tu....yang bahasa english nanti tu, hamba pun belajar la....tengoklah kalau tak ada spelling mistakes (nanti suruh si Amalina checkkan).....


Macam ni jua lah....



oklah, sampai sini saja tentang pengenalan hamba....nanti hamba ceritakan macamana hamba boleh terpegun dan tertarik untuk memeluknya? dari mana datangnya minat tersebut? siapa yang mengenalkan dan menguar-uarkan? macam mana perasaan hamba tentang pemelukan ini?

nantikan episodnya akan datang............................<3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.......